Jaminan Mutu

Sistem mutu dan arahan kami tertakluk kepada semakan yang berterusan.

Melalui proses ini, NVC telah mencapai dan mengekalkan pematuhan penuh kediaman penjagaan warga tuanya melalui Agensi Mutu Penjagaan Warga Tua Australia.  Akta Penjagaan Warga Tua di Australia menyediakan sistem jaminan mutu berdasarkan pentauliahan yang diaudit secara kerap oleh ACQA.

ACQA memerlukan semua penjagaan berdasarkan bukti dan disampaikan oleh kakitangan kesihatan bersekutu, perubatan mahir dan pekerja kesihatan seperti kakitangan penjagaan langsung.  Ia harus dilakukan dalam sekitaran yang selamat dan disampaikan dengan cara yang menghormati harga diri penerima jagaan tersebut.

Pendekatan terhadap sistem pengurusan secara holistik meliputi Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja, Sekitaran dan Pengurusan Jaminan Mutu di mana semua sistem dan maklumat tersedia kepada para pekerja melalui sistem Teknologi Maklumat (Intranet).