Selamat datang ke

Golden Age Solutions pakar dalam membantu operasi dan pengurusan usaha penjagaan warga tua di seluruh Australia dan luar negara.

Golden Age Solutions boleh mengguna pakai pengurusan kemudahan atau perkampungan gaya hidup penjagaan warga tua anda ataupun melaksanakan sistem dan proses yang relevan untuk perniagaan anda bagi pihak anda, termasuk latihan dan sokongan kepada kakitangan di sepanjang proses ini.

Sistem dan proses yang dibangunkan oleh Golden Age Solutions telah diamalkan secara meluas di Australia dan telah terbukti menggalak pertumbuhan pertubuhan dan keberuntungan perniagaan yang dilestarikan.

Kedua-dua Nambucca Valley Care dan Realise merupakan khidmat bermutu tinggi untuk warga tua, membantu mereka memenuhi apsirasi gaya hidup semasa persaraan mereka.

Dengan memastikan pertumbuhan dan mutu yang berterusan, Golden Age Solutions bersama-sama Nambucca Valley Care dan Realise telah memupuk satu budaya syarikat & kesetiaan yang utuh di kalangan para pekerja yang telah lama berkhidmat.  Ia disandarkan atas proses pembelajaran yang berterusan dan telah membantu kebajikan bagi kedua-dua pihak klien dan juga kakitangan mereka.

Dengan tiga pejabat di New South Wales, Australia dan sebuah pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, Golden Age Solutions mempunyai sumber untuk membantu kemudahan anda beroperasi pada tahap sebaik mungkin.

Golden Age Solutions menyokong kuat hak asasi manusia dan berusaha untuk memastikan agar proses mendapatkan khidmat jagaan dan sokongan adalah saksama dan penuh hormat.

Matlamat kami ialah untuk membantu warga tua memenuhi aspirasi gaya hidup mereka dengan meniadakan halangan untuk mendapatkan penjagaan dan sokongan dan menempatkan individu di barisan depan dalam membuat perancangan khidmat dan keputusan.

Pasukan Kami

Aset utama anda ialah kakitangan anda

Cari jawapannya

Jaminan Mutu

Khidmat & latihan bermutu

Ketahui lebih banyak lagi

Kod Amalan

Komitment kami kepada anda

Ketahui lebih banyak lagi

Perkhidmatan

Golden Age Solutions Australia menawarkan berbagai khidmat sama ada untuk mengendalikan atau mengendali bersama usaha Penjagaan Warga Tua anda. Sebaliknya, kami juga boleh menyediakan latihan saja kepada kakitangan anda.

  • Kehidupan Persaraan & Kediaman Penjagaan Warga Tua
  • Pengurusan Operasi
  • Latihan & Pendidikan
  • Pengurusan Sumber Insan
  • Pembangunan Perniagaan
  • Sistem Pengurusan

Hubungi Kami